Wednesday, May 19, 2010
















Setiap akhir semester majlis makan malam bagi aspuri akan dilakukan untuk meraikan pelajar semester akhir di Institut Kemahiran Mara.Pada jun 09 merupakan semester akhir bagi ku dan ini adaalah merupakan majlis makan malam yang terakhir bagi ku dan rakan –rakan seperjuangan yang berada di semester akhir bersama warden-warden aspuri.perhiasan dewan dan makanan telah di uruskan pelajar semester satu dan dua.Majlis ini bermula tepat jam 9 malam dan di rasmikan pengarah IKM TSYA iaitu Amitchan.Majlis ini juga telah dihadiri empat warden aspuri dan ketua warden.Di dalam majlis tersebut telah diadakan satu permainan saling tukar menukar hadiah dengan terlekat sekeping kertas di kerusi yang diduduki pelajar.Selain itu juga,kiub terbesih telah di umumkan juga pada malam itu,dan tanpa diduga kiub di bawah naungan ku telah menjadi kiub terbersih sepanjang semester itu.Selepas semua hadiah diberikan dan permainan tukar menukar hadiah telah dilakukan majlis berakhir dengan mengambil foto-foto untuk dijadikan kenangan .

BBQ SEMESTEr 4



Inilah kenangan yang terakhir aq bersama rakan-rakan di IKM TSYA,bbq ini dijalankan setelah kami semua selesai membuat presentation final projek.Selesai sahaja presentation member-merber lelaki membuat satu plan untuk membuat bbq disebabkan group ku telah membuat pembakar satay secara automatik.Kami melakukan bbq ini secara ringkas sahaja disebabkan tiada nyer planning awal.kami hanya membeli sosej,ayam, dan sotong.semua nyer kami lakukan sendiri,disinilah terlihatnyer kerjasama antara 2 kelas apabila bergabung.Walaupun majlis yang kami lakukan ini adalah secara ringkas tetapi ia amat meninggalkan kenangan yang paling indah kerana ini adalah kali terakhir kami bersama di mechatronik.

KEM IBADAH KEDA RESORT


Pada 30 April 10 KKTM telah mengadakan satu kem ibadah yang bertempat di Keda Resort,Kedah Darul Aman.Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan seramai 35 orang yang mengikuti program ini yang terdiri daripada 28 orang lelaki dan 7 orang perempuan serta diiringi 3 orang ustaz.tepat jam 3.15 petang aq dan rakan –rakan melapor diri dan terus menaiksi bas.Perjalanan ke Keda Resort mengambil masa selama 3jam lebih.Sesampaenyer kami di Keda Resort kami disambut oleh pihak resort dan kami di hantar ke tempat penginapan yang disediakan oleh pihak resort.Setelah semua selesai urusan mengambil dorm,kami makan petang secara berjemaah.Pada malam nyer pula kami mengikuti ceramah dan solat berjemaah.Perjalanan aktiviti kem ibadah sangat menyeronokkan kerana sambil menimpa ilmu kami bersantai.Ceramah banyak menerangan tentang solat jamak dan qasar serta sirah-sirah nabi.Selain itu,kami di bawa ke sebuah air terjun yang amat memukau pandangan ku dengan dipenuhi dengan batu dan diliputi kehijauan daun.Selama 3 hari berada di Keda resort tiba lah masa nya untuk kami bergerak pulang ke KKTM.Tepat jam 2 petang selepas selesai solat zuhur berjemaah kami bergerak pulang.

MAULIDUL RASUL



Maulidur Rasul merupakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W dan pada tahun ini maulidur rasul jatuh pada hari jumaat iaitu 12 rabiulawal .Kolej Kemahiran Tinggi Mara juga tidak ketinggalan dalam memperingati hari kelahiran Baginda rasulullah.KKTM Balik Pulau mernyambut maulidur rasul pada hari sabtu 27 februari 10. kami berkumpul di tempat letak kereta blok lelaki.Pelajar lelaki bergaya dengan baju melaju serta sampin dan pelajar perempuan manis dengan berpakaian baju kurung.majlis ini dimulakan dengan perarakan dimulakan dari atas bukit di tempat letak kereta di blok D sehingga mengelilingi Balik Pulau dan berkhir di dewan Al-Jazari.Selepas perarakan pelajar dikumpulkan di dewan Al-Jazari untuk mendengar ceramah dari penceramah yang di undang dari luar.Ceramah ditamatkan selepas sejam dan seterusnya majlis berlangsung dengan upacara mengagihkan hadiah bagi deparment yang menang bagi upacara perarakan.Majlis perarakan telah dimenangi oleh department product design dan tempat kedua mechatronik.Majlis berakhir tepat pada pukul 12 tengahari.

MAKAN MALAM ASPURI 09


Setiap akhir semester majlis makan malam bagi aspuri akan dilakukan untuk meraikan pelajar semester akhir di Institut Kemahiran Mara.Pada jun 09 merupakan semester akhir bagi ku dan ini adaalah merupakan majlis makan malam yang terakhir bagi ku dan rakan –rakan seperjuangan yang berada di semester akhir bersama warden-warden aspuri.perhiasan dewan dan makanan telah di uruskan pelajar semester satu dan dua.Majlis ini bermula tepat jam 9 malam dan di rasmikan pengarah IKM TSYA iaitu Amitchan.Majlis ini juga telah dihadiri empat warden aspuri dan ketua warden.Di dalam majlis tersebut telah diadakan satu permainan saling tukar menukar hadiah dengan terlekat sekeping kertas di kerusi yang diduduki pelajar.Selain itu juga,kiub terbesih telah di umumkan juga pada malam itu,dan tanpa diduga kiub di bawah naungan ku telah menjadi kiub terbersih sepanjang semester itu.Selepas semua hadiah diberikan dan permainan tukar menukar hadiah telah dilakukan majlis berakhir dengan mengambil foto-foto untuk dijadikan kenangan .

ENT ENTERPRISE


6 julai 2009 merupakan kenangan yang sangat mendebarkan aq kerana inilah hari pertama aq melaporkan diri untuk menjalankan latihan industry bagi memenuhi syarat untuk mendapat sijil Institut Kemahiran Mara.Perasaan ku pada pagi itu bercampur bau antara takut dan gembira.Tepat jam 11pagi bos sampai dikedai dan aq telah diberitahu tentang perjalanan kerja di situ.Aq diletakkan dibawah juruteknik di kedai tersebut yang bertanggungjawab untuk mengajar ku tentang membaiki laptop.Pada hari kedua aq mula diajar tentang componen laptop ,menformat laptop.Setelah 3 hari aq di Ent Enterprise,seorang lagi student dari KIPSAS telah melapor diri bagi menjalankan latihan industri bersama-sama ngan ku.Sewaktu latihan industri Kuantan telah mengadakan pc fair di Megamall Kuantan,Ent Enterprise telah melibatkan diri juga dalam pc fair tersebut dan menjual laptop berjenama acer.Di pc fair tersebut aq banyak belajar tentang bagaimana untuk mencuri hati pelanggan bagi memjual barangan kami.Dan di pc fair tersebut aq telah dapat menjual 2 buah laptop acer.Setelah 3 hari perjalanan pc fair di megamall,perjalanan latihan industri ku bermula lah seperti biasa,dengan hari-hari berlalu untuk menformat laptop dan mejual jaga kedai dengan menjual componen laptop.Pada 20 julai 2009 cukuplah 5 bulan aq di Ent Enterprise dan berakhirlah aq di situ.Selama 5 bulan juga aq di situ serba sedikit aq telah dapat mempelajari dan memperolehi ilmu tentang computer.

INOVASI KE KLCC


Ikm TSYA telah menyertai satu pertandingan inovasi antara ipta,ipts dan institut –institut di Malysia di klcc kuala lumpur.IKM TSYA telah mencipta bas institut menggunakan kaedah robotik.kami dari sem akhir telah menjadikan pertandingan sebagai tempat lawatan kami bagi mendapatkan maklumat-maklumat dan pelajari ilmu yang baru disamping itu jua kami dapatlah mencari ideal untuk membuat final projek kami di sem akhir.Sebuah bas telah disediakan bagi membawa kami seraami empat puluh orang dan dua orang guru pengiring ke kuala lumpur ,program inovasi ini bermula tengahari, justeru itu kami dari kuantan berangkat ke kuala lumpur seawall pagi disebabkan perjalanan yang memakan masa yang panjang.Kami tiba di klcc tepat pada waktu yang ditetapkan.Kami dilepaskan oleh guru pengiring bagi meninjau projej-projek yang telah dicipta oleh ipta,ipts dan institute-institut yang menyertai nya,pelbagai ciptaan baru yang dicipta .program tersebut telah berakhir sehingga lewat petang.Selepas program tersebut berakhir kami terus bertolak pulang ke kuantan …kami tiba di Pekan lewat malam .Walaupun sehari di inovasi ini aq dan rakan –rakan telah memperolehi serba sedikit pengetahuan tentang automation,sensor, robotic dan lain-lain.