Wednesday, May 19, 2010

FUTSAL ASPURI 2010


Kktm Balik Pulau telah menganjurkan pertandingan futsal untuk aspuri pada bulan February yang lepas,futsal ini diadakan bertujuan untuk melibatkan pelajar aspuri terlibat dalam aktiviti bersukan.Futsal ini dijalankan di dewan tertutup di pekan kongsi Penang.En.Shariman adalah guru pengiring kami ke dewan tersebut.Sesampainyer kami ke dewan tersebut kami telah dibahagikan dua group untuk pertandingan ,satu group mempunyai enam kumpulan.Kumpulan kami memakai pakaian sedondon dengan mengenakan baju t-shirt hijau muda KKTM Balik Pulau,bertudung hitam dan kumpulan kami dianggotai lima orang.Kami menamakan kumpulan kami dengan nama “five green ladies”.Kami diketuai oleh Nor Farahin Azhar ,Dalam pertandingan ini,banyak persaingan yang hebat-hebat untuk kami tandingi ,dan akhirnya kami tewas jua.walaupun kami tewas di dalam pertandingan ini,tapi ianya sangat menyeronokkan kami kerana kerjasama dalam kumpulan kami titip beratkan dan ianya merupakan pengalaman pertama bermain futsal.

No comments:

Post a Comment