Wednesday, May 19, 2010

MAKAN MALAM ASPURI 09


Setiap akhir semester majlis makan malam bagi aspuri akan dilakukan untuk meraikan pelajar semester akhir di Institut Kemahiran Mara.Pada jun 09 merupakan semester akhir bagi ku dan ini adaalah merupakan majlis makan malam yang terakhir bagi ku dan rakan –rakan seperjuangan yang berada di semester akhir bersama warden-warden aspuri.perhiasan dewan dan makanan telah di uruskan pelajar semester satu dan dua.Majlis ini bermula tepat jam 9 malam dan di rasmikan pengarah IKM TSYA iaitu Amitchan.Majlis ini juga telah dihadiri empat warden aspuri dan ketua warden.Di dalam majlis tersebut telah diadakan satu permainan saling tukar menukar hadiah dengan terlekat sekeping kertas di kerusi yang diduduki pelajar.Selain itu juga,kiub terbesih telah di umumkan juga pada malam itu,dan tanpa diduga kiub di bawah naungan ku telah menjadi kiub terbersih sepanjang semester itu.Selepas semua hadiah diberikan dan permainan tukar menukar hadiah telah dilakukan majlis berakhir dengan mengambil foto-foto untuk dijadikan kenangan .

No comments:

Post a Comment